Spring Festival 2009

BooWhat nie -> Mr. tercabut On 3:48 PG


“Unity Spirit Towards Spring” adalah tema untuk Spring Festival 2009 yang diadakan di UUM. Inilah 1st time aku join Dinner Spring festival sepanjang 3 tahun aku kat UUM nie. Untuk pengetahuan, waktu 2007 spring festival dulu, aku just join bahagian pameran, wakilkan kolej YAB kesayangan aku la.. waktu dulu kolej@ Dewan Penginapan Pelajar(DPP) sekarang. Pameran tu buat kat Foyer Library. Memang meriah gler waktu tue.. aku jadi intertain wakil menteri yang datang, jadi org explain2 tentang booth, masa diberi kurang 2 minit, tapi kita kene buat menteri singgah kat booth kitorang gak.. Alhamdulillah, lama gak wakil menteri berhenti kat booth kami dan booth kami menjadi juara keseluruhan untuk pameran 2007. Kenangan pakai baju ala2 punjabi suit memang best.. (gambar: aku & member aku waktu spring 2007)

Tahun 2008 agak menarik spring fest, ini kerana diadakan explorace, waktu nie aku tak jadi peserta, tapi kene jadi Ahli Jawatankuasa. “Let’s Gong Xi Budaya” tema yang menunjukkan penyatuan semua budaya. Aku ditugaskan untuk menjadi AJK Aktiviti, aktiviti dari semua jenis budaya aku masukan, dari ketupat, limau mandarin, buat Kolum masyarakat india, semua aku masukan dalam aktiviti untuk menarik lebih banyak kepelbagaian kaum join. Penat lelah kami berjaya juga akhirnya kerana semua berjalan agak lancar. Walapun ada sedikit percanggahan pendapat, bagi aku, benda tu bagus kerana aku sebagai pelajar, inilah masa paling sesuai untuk blajar, dah keje nanti, siapa nak ajar? Sutinah? Karim ? Samad? Tak der orang beb...kita kene blajar untuk menjadi lebih baik. (Gambar: busy dengan persiapan sebelum program spring festival explorace 2008)


Sekarang nie, aku nak cter pasal semalam apa yang berlaku pada malam dinner Spring Festival 2009. Semua berlaku agak tersusun, aku betul2 impress gler. Mungkin slalu memang cam tu kot, cume aku tak datang kan..hehehe....persembahan bermula dengan lagu negaraku dan biru warna, selepas itu, MC pun take over la.. dari perasmian hingga lah persembahan. Semua dah ok pada mula, tapi mencacatkan keadaan adalah pengacara majlis@ MC. MC pada malam itu agak memalukan kerana dier fasih berbahasa melayu dengan lancar walaupun telah berada di malaysia kira-kira 20 tahun, seolah-olah aku berada dalam rancangan TV Hong Kong yang menjemput tetamu malaysia... bukannya apa, nama pun masih tak boleh pronoun dengan betul, mungkin latihan kurang kot.. tapi kesian jugak kat VVIP, kekadang malu pun sebab nama diorang disebut dengan salah, bukan sekali, tapi ada la byk kali.. dah la aku duduk sebelah meja VVIP,(aku duk meja VIP paling depan n meriah coz bising dengan topic kami sendiri...) siap ada yang duk ajuk cakap MC... kesian gak kat MC tue.. kalau dier baca artikel nie, aku kata nie hakikat k... actually, kalau tak lepas nak baca nama org melayu, kurangkanlah dalam teks tu sebut nama diorang.. sekilo banyak nye nama diorang, pastu salah !! tergagap nak betulkan...mm...dah..dah la.. MC.... sekarang pasal lain pulak, pas abis tue, persembahan perasmian.. ok la.. naga datang dari pintu masuk Dewan MAS ke pentas.. ok la... menarik.. naga kejar bola api... lama gler dier dapatkan bola tue... finally dapat... dah penat kot.. tapi, memang teruja waktu ending naga tue...


Pas abis perasmian, kita ke activiti gaul Yee Shang... seronok meja kami gaul.. macam open house Chinese New Year pulak.. pas tue..ada student uum menyanyi sempena spring fest nie. Semua memang enjoy, apalagi, makanan ada..yummy.. sedap r.. malam tu chinese set la.. biasa la.. chinese set kan banyak..setiap masuk performance, ada jer makanan yang masuk.. persembahan yang memdapat persembahan dengan tepukan gemuruh ialah, changing mask.. org tue tukar2 muka sampai 15 kali kot.aku tak sempat kira... byk gler.. tapi memang enjoy... menjerit2 org kat Dewan MAS... Cabutan bertuah ada, persembahan 24 Drum pun best.. bergegar Dewan, semua terpana dengan persembahan drum. Lain-lain persembahan, nyanyian, tarian cina tradisional, tarian modern pun ada....mm... pas tue, ada sesi Yam Sheng... wah.. memang seronok walaupun tak tau ..just follow jer.... jerit Yaaaaammmm.... Sheeengg.... dalam satu nafas.. lagi lama, lagi bagus.... selain itu, persembahan buat menara dari student uum... diorang memang tak semangat tinggi, walaupun dah 2 kali jatuh, kami sebagi audien ... menjerit2.. “jia you” sekuat2 mungkin tuk make sure diorang berjaya buat menara.... Finally berjaya jugak.. kekadang, kita perlukan dorongan kata semangat dari kawan2 untuk berjaya, aku tau diorang penat gler coz bukan buat menara jer.. yang menari2 n lompat2.. diorang yg buat.. mmm... pas habis semua tu.. aku jumpe la Alex tuk sesi amik gambar... apa lagi.. bertambah meriah la kitorang, dah la duduk depan sekali..
pastu, meja pertama yang bangun n amik gambar.. pas yer kami buat, semua meja dah mula nak amik2 gambar..hahaha.. seronok settle semua, keluar dari dewan, apa lagi jumpe kekawan lama kat luar dewan.. amik gambar tuk buat kenangan.. pas settle semua, aku pun balik YAB dalam kul 12tgh malam. – e_pull@spring09-

0 terSokSek

Catat Ulasan