Aku yang kejam@jujur sangat dalam hubungan sejenis?

BooWhat nie -> Mr. tercabut On 11:04 PG

Suatu Senja yang tenang...

(duduk didalam kereta sambil berborak..)

Aku: sebenarnya, aku ada benda nak cakap... tapi aku takut ko marah...

Dia: It’s ok la. Aku tak kisah.. cakap jer...

Aku: tak berani la...

Dia: tak per la...mm... ni mesti nak cakap pasal ada jumpe orang baru?

Aku: sebenarnya.. sebelum kita jumpe.. aku dah ada hubungan ngan seseorang...

Dia: Ok.. mm.. jadi?

Aku: Aku nak cter...sebab aku tak nak pura-pura..

Dia: mmm.. ok. sebenarnya, aku dah dapat rasa... tp aku cube menafikan...

Aku: ko mesti marah kat aku kan?

Dia: Tak der la.. buat nak mana? Ko berhak nak pilih siapa yg ko suke.. lagipun ko sayang dierkan?

Aku: mm.. tapi sekarang dah tak sayang dah..

Dia: Aik? kenapa tetiba tak sayang? Aku mula syak bila ko cakap kat aku yang ko kecewa bila dier tak call ko hari tue... mm..

(dalam kereta terdiam seketika... )

Aku: Sebenarnya, aku nak cakap, yang hubungan macam nie takkan kekal.. lagipun kita mesti punya cari yg baru.. betul tak? Sebab lelaki nie ego dan tak pernah puas dgn apa yang diorang dapat.

Dia: Mmm... mungkin ko cakap betul.. tp tak semua macam tue.. mm.. lupe nak cakap...aku telefon cakap dengan ko untuk jumpa hari tu adalah. perkara macam nie la.. aku takut.. bila ko tak der.. aku akan curang@ mencari lelaki lain.. tp ternyata.. ko dah buat dulu... mm..aku ingat dapat control dari ko.. bila ko terus terang.. aku rasa aku pun perlu berterus terang juga...

Aku: sebenarnya... aku nak tanya sumthing kat ko... apakah hubungan kita sebenarnya?

Dia: mmm... ko BF aku la.. knapa?

Aku: eh? BF ke? Sorry la.. aku just anggap ko macam abg aku sendiri jer...

(Keadaan hanya kedengaran lagu pelahan mendayu-dayu)

Dia: Jd selama nie aku curah kasih sayang Cuma abg angkat jer ek?mmm.. tp kenapa ko yg declare dulu? Ko yg beria-ia nak aku jadi BF ko? Aku tak nak.. tapi ko nak gak.. lama ko approach.. finally aku trima.. tp kenapa sekarang ko tanyakan hubungan kita?mmm... aku takkan syg seseorang yg tak syg kat aku.. aku sgt menghargai org yang syg kat aku... (bercakap dgn nada yg sgt tenang...)

Aku: eh? Aku ada declare ek? Mm... mungkin tak ingat... Aku minta maaf sgt.. tp boleh tak kita jd macam nie berterusan? (mm.. nada yg tenang... )

Dia: Maksud ko? Ko jd adik angkat aku la?

Aku: Yupp... lagipun selama ini pun aku anggap ko macam abang aku sendiri... sebab cinta hubungan terlarang tak pernah kekal.. aku dah slalu alami.. lagipun, selama ini aku sayang ko mcm tu macam tu jer... mmm.. ko ok ke?

(suasana sedikit emosi... dgn air mata telah bertakung di mata insan bergelar Si Dia...)

Dia: mm.. aku ok jer..cume kenapa ko baru nak kasi tau sekarang selepas almost 4 bulan kita couple?

Aku: tak der la.. bila ko dah serius hantar sms "sangat-sangat sayang kat aku"....

Dia: selama nie aku hantar sayang? ok jer ko.. aku rasa ko kene cakap benda nie lagi awal... bukan sekarang....

Aku: Aku tak berkesempatan... lagipun.. nie jer masa kita berdua betul-betul free... aku dah agak... ko mesti sedih dengan keadaan nie... ko dah bad mood ke?

Dia: mm.. sedih? ada la... siapa tak sedih kan? tak der la bad mood sgt... ok jer.. jadikan aku lebih kuat...

(Keadaan emosi terkawal dari kedua-dua insan...)

Dia: ko sayang aku lagi tak?

Aku: Sayang.. Sayang macam sebelum nie... tak berubah.

....

....

....

....

....

(Kisah benar ini diceritakan oleh 2 sahabat terbaik dalam hidupku ini... kisah cinta terlarang antara 2 insan yang bergelar LELAKI... mereka juga menjadi perhatian Perempuan, Lelaki, golongan gay, datin n datuk yg perlukan khidmat dan sbginya... tp mereka tidak peduli dan tidak mengambil kesempatan....

mereka berdua sangat tenang menghadapi situasi di atas ini... sangat menyayangi satu sama lain... cume membezakan adalah istilah Angkat Angkat yang wujud dan hubungan Sesama jenis yang dilarang dalam islam...

Apa yang dirasa oleh si Aku... ialah biasa sahaja dan truskan hubungan Macam biasa... manakala si Dia.. sedang memotivasikan diri dan minta pertolongan dari Allah S.W.T...)

Mr. T perlukan pertolongan anda untuk memberi pandangan kepada kedua-dua insan . Si Aku dan Si Dia..

Mr. T telah beri yg terbaik dalam proses menyampaikan kepada blogger semua...Mr. T bila 1st time dengar memang agak serba salah..mm...


19 terSokSek

  1. Si Aku ~
    mungkin kamu tidak merasa apa2 dengan ape yg telah terjadi kerna kamu tahu kasih dan sayang itu ada kerna mereka...sukar untuk mendapatkan terlalu byk kasih dan syg Si Aku perlu kenal erti menghargai...kenali erti perit hati penerima terutama hati Si Dia, betapa terluka hatinya sebab semua kelibat punya rasa...

    Si Dia ~
    kamu punya nilai cinta yang terlalu tulus. sebab kamu terus tidak getar walaupun kamu tahu Si Aku telah menunjukkan tanda yg dia punyai teman lain...tapi percayalah nilai CINTA itu, kamu yang punya jangankan lah ko sia2kannya..

    KESIMPULAN

    Si Aku ~ kamu terlalu kejam kerna kamu perlu tahu erti ABANG ANGKAT dan LOVER jauh bersimpang dr pengertian maksud..jika dari dulu kalu tahu kamu hanya mampu untuk memberi hati sekadar adik dan abg...berterus terang..jgn mengambil kesempatan atas kekecewaan org lain .....perit dan sakit...perlu kamu tahu rasanya...

    Posted on 26 September 2009 pada 12:16 PG

     
  2. sakura Said,

    kalau sy pon nk bg pandangan/ulasan tak salah kan en. Tercabut..

    ~AKU~
    mungkin pada awalnya masa 'aku' declare, dia berada dalam situasi yang confuse. mungkin sebab dia sunyi pada ketika itu, perlu teman dan sebagainya. lagi pulak dia ada mention yang dia frust. bila declare jd bf, 'aku' ada seseorg untuk mencurah rasa, berkongsi tawa dan duka dsb. as tyme goes, 'aku' ni baru sedar yang perasaan dia tak boleh lebih dari sayang kepada abang.

    ~DIA~
    'dia' begitu menghargai insan yang menyanyanginya. 'dia' pasti kecewa. tapi 'dia' tak mudah melatah bila dengar pengakuan 'aku'.sakura harap 'dia' akan jadi lebih kuat. patah tumbuh hilang berganti. pasti seseorang yang lebih baik dan lebih membahagiakan akan muncul dalam hidup 'dia'. three grand essentials to happiness is something to do, something to love and something to hope for. untuk 'dia' lepaskan 'aku' kalau itu yg terbaik utk dia. teruskan menyayangi org yang sayangkan anda dan jangan putus harapan.


    pandangan ikhlas sakura:
    mohon pada Allah supaya diberi taufik dan hidayah.setiap manusia ada peluang untuk berubah. yang penting diri kita. sama ada mahu berubah atau tak. lelaki dan wanita dicipta berpasangan. ikut fitrah yang telah tercipta, pasti lebih membahagiakan.

    Posted on 26 September 2009 pada 4:56 PG

     
  3. rasanya aku seorang yang tamak...tamak dalam perhubungan. namun keberaniannya untuk meluahkan kebenaran harus dipuji. bukan mudah untuk mengaku kesalahan. malahan tindakan aku juga satu langkah bijak untuk mengekalkan hubungan sekadar beradik angkat dangan si dia kerana takut dikecewakan lagi.

    bagi si dia, saya suka dengan situasi dirinya yang masih tenang walaupun mengetahui kebenaran. cuma ada sedikit kesian pada si dia,kerana cintanya tidak berbalas sedangkan dia seperti ikhlas terhadap si aku.

    kesimpulannya, kalau takut dilanda ombak, jangan berumah di tepi pantai. makanya fird rasa kekalkanlah hubungan dia dan aku sekadar beradik angkat.

    Posted on 26 September 2009 pada 5:06 PG

     
  4. Adit Iezwan Said,

    Kehidupan songsang sesama jenis mmg tak dinafikan hidup berpandukan nafsu... so kesimpulan yang Dit dapat berikan berbalikla kepada Nya... Sesungguhnya Dia sentiasa memberikan petunjuk agar umatnya sentiasa mencari cahaya yang diredhainya...dan Dia mengasihi umatnya jika umatnya betul2 sedar akan kesilapannya...sama-sama la kite berfikir sesungguhnya setiap dari kite ada membuat kesilapan yang sama...renungkan la dan ingatla orang yang tersayang

    Posted on 26 September 2009 pada 10:22 PG

     
  5. GK Said,

    Mr T,

    ape yg dilalui oleh kedua kawan mr T ni adelah lebih kurang ngn kawan GK..bezanya, kawan GK lesbian..

    Mr T sebagai kawan, harus memberikan mereka semangat, dan menanam kesedaran bahawa hubungan mereka takkan kemana..mereka tak dapat berkahwin, tak dapat mempunyai anak bersama dan mereka akan melalui suatu perhubungan yang kurang sihat..

    dulu GK pernah cakap kt kawan GK tu, "satu hari nanti mesti ko akan berkahwin..ko tu pompuan, kalau x de bf pun..parents lambat laun akan carikan calon..hubungan lesbian tu hanya di situ..current feeling..x salah menyayangi, tapi kene pandai kawal diri"..

    kawan GK tu lambat laun faham, mereka pun akui, kalau amek anak angkat sekalipun, anak tu membesar dalam keadaan tidak sempurna, x berbapa..

    si Aku dan si Dia, alang2 dah tidak bercouple lagi..apa kata perlahan2 mengawal diri..cuba perluas pergaulan..kenal lagi ramai orang..mungkin satu hari nanti, hati Aku dan Dia akan terbuka buat seorang wanita..kalau betul pun yg baru bukannya seorang wanita, kumbang bukannya seekor =)

    Posted on 26 September 2009 pada 1:02 PTG

     
  6. Mr. tercabut Said,

    thanx semua...

    Mr. T kene cakap elok2 sebab kedua-dua kawan baik Mr. T. tp diorang berdua tak cepat melatah..saling menerima apa jua keadaan.. saling sayang lagi...

    GK:.."kumbang bukannya seekor" cam menarik jer... hehe...

    Adit: kembali kepadaNya.. sebab Allah memahami setiap umatnya.. Mr. T arap diorang sedar..

    Fird: skrg nie dia berusaha untuk menjadikan mereka beradik angkat.

    Sakura: pasal laki ngan pompuan berpasangan.. Mr. T ingin jugak ulas.. artikel akan dtg tentang mereka..

    Shup up: Mr. T rasa diorang perlukan ruang lagi kot... expecially si dia...

    Mr. T akan membincangkan lagi sedikit masa lagi tentang hub. mereka lagi...

    Posted on 26 September 2009 pada 2:34 PTG

     
  7. a.t.O.k. Said,

    x tau masih available atau x nak komen entri nih.firstly, hanya org yg idop dlm kelompok yg sme je aaku rase leh phm betul situasi kt atas.golongan nih, klu nk cite btul, mmg xde yg x nak kan seks.maaf klu bhs aku agak open.tp mmg itu hakikat.klu dua2 bukan laki, then si aku mmg kejam.die x patot wat ape yg die wat cm dlm cite kat atas.tapi, mmndgkan dua2 laki, so aku rase x de slhnye.mmg itu la kisah golongan nih pon.kesimpulannya diorg just x bley idop sorg2.mesti nk de org lain.x kesah la, angkat ke, x angkat ke.

    Posted on 26 September 2009 pada 4:26 PTG

     
  8. Mr. tercabut Said,

    Entry ini masih terbuka kepada semua...

    Kisah benar Si Aku dan Si Dia yang masih lagi berlegar2 di udara skrg..

    Mereka masih bersama Mr. T..

    Posted on 26 September 2009 pada 5:29 PTG

     
  9. Along Arman Said,

    selamat ari raya mr. T..
    seeloknya nasihat elok² kat kedua-dua kawan mr T.. lagipun hubungan terlarang ni takkan berpanjangan.. dosa lagi tuh.. cuba support dorang supaya jadi seorang lelaki yang normal.. walaupun mungkin susah.. yerlah.. kiter cakap senang.. kiter takkan dpt apa yang dorang rasa.. kiter sebagai kwn kenalah kasi dorongan kat dorang kan..

    Posted on 26 September 2009 pada 8:44 PTG

     
  10. aq langsung x terkejut dengan case yang berlaku apatah lagi terkesima dengan pengakuan ikhlas saudara2 ku. apalah yang mampu ku katakan kerana aq sudah tidak lagi bersama komuniti minoroti ni lagi. sedangkan hanya mereka2 yang berada dalam dunia mereka sendiri yang akan faham situasi sebenarnya. kalau kamu masih tahu mengucap kalimah syahadah tentu kamu tahu kesilapan terbesar yang kamu telah lakukan. jika kamu tidak berpegang pada Islam sarwajagat kamu harus berfikir tentang masa depan kamu. baru2 ni aq diserang sakit kelamin, aq tahu ia datang dari amalan2 buruk aq sblm ni. ada juga aq menyesal tapi hakikat sebuah kehidupan perlu aq jalani. Balasan Allah untuk umat yang derhaka padaNya. sekarang aq masih menjalani kehidupan sepi2 ku tanpa cinta, kasih sayang.. kerana sejak dulu aq tidak pernah mendapatkannya. Aa disini x mampu memberi pandangan kepada kawan2 MrT cuma berkongsi cerita agar sama2 mereka renungkan jika kata2 ni menjadi tatapan mata mereka. "sedetik bersama x pasti untuk selamanya"

    Posted on 26 September 2009 pada 9:09 PTG

     
  11. SYAHMIHarun Said,

    Cinta x salah. Cinta mungkin datang dalam pelbagai bentuk. X semestinya kena ada relationship n x semestinya jadi couple or terpesong dari jalan yang betul. Maybe cinta itu boleh diwujudkan jadi sebagai abg dan adik, ata sebagai cinta seorang sahabat. Tp ingatlah, dalam persahabatan, cinta itu adalah paling penting. Cinta terulung adalah cinta kerana ikhlas dari hati bukan cinta kerana nafsu... (^_^) tu jerrr...

    Posted on 27 September 2009 pada 7:51 PG

     
  12. ZaridaIshak Said,

    nak kata ape lagik?
    aye pun tak sanggup nak baca sampai abih... baca title pun dah ngeri...
    "Minta simpang malaikat 44" mudah-mudahan dikembalikan ke pangkal jalan... cari lah jalan yang betul...
    dan yang dah sudah tu sudahlah... tak perlu di panjangkan citer...

    "Tuhan ku sonsong masa silamku"

    Posted on 27 September 2009 pada 5:33 PTG

     
  13. razzi@ajeet Said,

    Mr T, aku tak baca entri ni ngan betul.. sekali imbas jer sebab aku pun sedang bermasalah sekarang..

    dlm keadaan sekarang individu yang bersangkutan kene paham, Hub seperti ini tidak kemana.. Tak salah saling menyayangi tapi biarlah berbatas..

    Hub spt ini kebanyakan akan menyebabkan permusuhan apabila hub tersebut terputus.. bukankah ia lebih baik bersahabat sekiranya terlalu sayang sangat.. dan pasti hub sbg seorang kawan/sahabat akan lebih selamat dan berpanjangan..

    ntah le.. aku mengomen dalam keadaan aku kusut.. tapi harap paham apa yang aku nak sampaikan..

    Posted on 27 September 2009 pada 11:43 PTG

     
  14. saya Said,

    lebih baik jadi kejam sekarang dari jadi lebih terseksa, merana, kecewa, sakit hati pada masa depan. hehheee... peace!!!

    Posted on 28 September 2009 pada 2:28 PG

     
  15. HM Said,

    Nothing much to say..

    I really have this situation, people around me..the one that i loved! kadang2 aku terpikir, kenapa sume ni terjadi, smpi aku sendiri terpikir, perlukah aku untuk menjadi lesbian pula? i've tried once, tp tak working pun..n wont work kot..haha! sj try..

    mungkin AKU n DIA masih buta..sorry to say that, but itulah hakikatnya..sekarang ni mereka hanya mencari apa yang mereka mahu dlm hidup ni sedangkan mereka sepatutnya cari apa yang mereka perlukan..

    renung2kan n selamat beramal!

    hope to hear from u soon, Mr. T!!!

    Posted on 2 Oktober 2009 pada 10:28 PTG

     
  16. Unknown Said,

    ohh saye konpius. tu je blh saye kate =.="

    Posted on 4 Oktober 2009 pada 12:27 PG

     
  17. Mr. tercabut Said,

    Mr. T terima kasih atas semua komen yang membina dan nasihat yg akan Mr. T simpan.. Part 2 dah kuar.. harap semua berjalan lancar seperti biasa.. life is beautiful.

    Posted on 6 Oktober 2009 pada 9:34 PTG

     
  18. fred Said,

    choopppp!!! post ni da lama kan??! xpe laaa.. aku baru bace.. heheh. so assume its new for me... coz aku pon bru masuk dalam blog nih!!! ^_^

    k... xmo la komen sal AKU or DIA tuh.
    ahakz..
    juz nk ckp every single word dalam conversation tuh... cam aku penah alami jer keadaannye...
    means... 80% of dat conversation. adalah sama sperti aku ngan abg aku. hehehe.




    ~fred~

    Posted on 19 Disember 2009 pada 5:01 PG

     
  19. Mr. tercabut Said,

    fred! Mr. T abg kamu ke? :P.. hehe..
    just share everything here!

    Posted on 15 Februari 2011 pada 1:10 PG

     

Catat Ulasan