Kehidupan Jangan Kau Pergi!!!

BooWhat nie -> Mr. tercabut On 10:12 PTG


Ku mengatur Langkahku

Jalan tanpa bayang-bayangMu

Hari nie merupakan hari rehat setelah 3 bulan praktikal di OPTIMUM POWER. Semalam Mr. T menyambut dengan sederhana majlis perpisahan Mr. T ngan kekawan dan staff. Semua ucapan dan nasihat yang telah diberikan oleh ‘keluarga’ Mr. T dalam perniagaan ini akan digunakan. Daripada kosong ke ilmu yang penuh didada selama 3 bulan menimba ilmu. Penat lelah kami berhasil juga.

Matahari menyinar tak

Pernah berpihak padaku

Disebabkan Mr. T adalah kumpulan pertama yang menjalani praktikal di sana, pelbagai kelebihan Mr. T dapat, ada pengalaman yang Mr. T susah nak lupe antaranya ialah waktu mengendalikan Party dan tiada yang ter-recruit dan pembelian yang diterima sgt sikit, kira banyak membazir duit... tapi tak per. Itu biasa dalam perniagaan. Pengalaman menarik ialah waktu mengendalikan assembly punye game yang meriah.. dah macam Zoo dah, Mr. T kasi 1 game yg diorang semua tak pernah main. Jadi diorang sgt enjoy!! Diorang tersengeh dan ketawa kecil walaupun game dah habis bila mengenangkan apa yg diorang telah buat waktu main game.. kelakar betul..

Ku kepanasan

Tanpa perlindunganMu

Selepas nie, apa yang Mr.T kene buat ek? Mr. T akan memperkukuhkan organisasi Mr. T. Jd sekarang Mr. T akan menjual Marketing Plan. Tak kisah la orang nak cakap apa. Janji Mr. T akan usahakan. Dalam permulaan perniagaan, ramai yang akan kata buruk, perli tentang kita dan menjauhkan diri dari kita, walaupun ada yang sokong, tp sedikit jer. Sebab tak nampak duit tue, biasa la , orang melayu nie.. Bila kita dah stabil dan berduit, baru nak berbaik dengan kita.

Ku takkan pernah berhenti

Warkah ku mencari Kehidupan ini

Mr. T pas nie akan ajar macamana nak dapatkan income tambahan RM 10,000 sebulan. Cume kita NAK atau TAK NAK jer.. Senang kata, kita kene usaha, tak kira apa jenis business la.. yang penting FOCUS! Mr. T kurang percaya internet-internet punye business, mengikut pemerhatian Mr. T, orang kat internet yang berjaya itu adalah orang pertama yang memperkenalan perniagaan itu. Jd terserah kepada kita sendiri untuk menilai.

Kan aku terus berlari

Hingga hujung dunia

Mr. T positif yang Mr. T akan berjaya buat apa yg Mr. T nak dalam apa jua perniagaan yang Mr. T ceburi! Lastly, JOM JOIN BUSINESS!!!!

0 terSokSek

Catat Ulasan