Ada apa dengan Kambing

BooWhat nie -> Mr. tercabut On 8:42 PG




Hari ini, aku kene bangun pagi kul 6.30 pg tuk prepare g ladang Kambing kat area Pendang. Sebenarnya, ini adalah salah satu subjek paper yang aku kene keluar tuk blajar tentang penternakan kambing. Pepagi lagi kami kene gerak sekitar kul 7.30... smpai dalam kul 10pg kat Pendang. Sebenarnya tak der la lama sgt perjalanan.. tapi ada prob. Skit ngan budak2 yang lewat.. mmm.. biasa la, program kalau g ramai2 nie memang susah skit.. kitorang gerak dalam 110 org dengan 3 bas... beratur bas tu nak g Pendang.. sampai jer sana... aku tengok diorang reramai g masuk sekolah rendah kat area situ nak g toilet... rupa-rupenya,diorang kata kat ladang kambing tu tak der toilet... patut ler.. pas ready semua.. masalah datang pulak.. bas dikatakan tak leh masuk area tue...jadi.. apa lagi, kene la jalan kaki.. kurus skit.. huhu.. jalan dalam 20 minit..waktu, memacam rungutan diterima... sepanjang jalan.. ada Mak Cik Limah dengan Mak Cik Kiah duk sok sek tak puas ati, ada juga yang tak pernah masuk kg.. memacam pe-el (karenah).. gosip tak yah cakap.. ada jer la..





Dah penat berjalan.. sampai lah kat Ladang Kambing.. rupenye.. luas gak la ladang Kambing tue.. dalam 7 ekar.. siap ada tanam Pokok Buah Naga, siap tanam rumput tuk makanan kambing sekali, buah Pelam pun ada la... macam biasa .. bila dah rombongan, mestilah ada taklimat n wat ever... yang best skali, aku sempat gak dukung anak kambing yang comel n yang besar pun ada... lantak la org nak kata busuk ke apa... janji aku dpt pegang n posing sepuas2nya ngan anak kambing tue... by da way.. sepanjang kat sana, aku kenal ngan sorang member cina nie.. nama dier aku panggil Heng jer.. dier consider diri dier sbgai setiausaha aku sepanjang kat sana.. aku tak kisah jer... actually, sebelum g dukung anak kambing, aku g ladang mempelam.. kat sana Heng pun ikut aku.. siap petik buah pelam.. nasib baik kita satu kepala... senang nak buat semua keje.. dier pun tak kisah kotor2.. pas jer aku dukung kambing.. aku sempat blajar perah susu kambing.. aku n Heng sebagai perasmi tuk aktiviti perah susu kambing, pas kami puas...macam biasa la ... berkawad semua org nak test... abis tue, kitorang ushar kambing2 yang nak kene bagi ubat cacing, dah settle.. aku n Heng tetiba nak minum susu kambing fresh! Apa lagi, pak cik Abu Bakar(Orang punye Ladang la....) pegi dapatkan penapis g gelas.. kitorang minum la.. dah penat kat ladang, aku gerak g khemah sorang2.. kat kemah, ramai member2 kat sana... aku g tgk org buat unggun api tuk BBQ ikan keli n ikan merah kot, yang dapat kat kolam kat situ, ikan keli, sebesar separuh depa tangan aku nie.. besar n berat... tolong settlekan bara, apa lagi, masak time... dah siap semua, makan la sapa nak makan..

Finally, aku gelap gler, untuk pengetahuan semua, ini 1st dalam idup aku buat BBQ dalam kul 12-2 ptg!! Waktu matahari kat atas kepala.. memang menguji kesabaran betul. Apa-apa pun.. aku enjoy dengan trip kali ini.. kambing memang best.. nasib baik tak panggang kambing buat BBQ.. kalau tak.. mesti semua tak nak balik... – e_pull @ Goat Farm-

korang rasa: 

0 terSokSek

Catat Ulasan