Sydney Free trip: Introduction part 1

BooWhat nie -> Mr. tercabut On 8:19 PG

"tetiba Vice Canselor(VC) tak setuju.. dier kata mintak Mr. T pergi Filipina, buat apa stakat g UiTM Shah Alam...(jangan marah ek member2 UiTM Shah Alam ek ). Kat Filipina, UUM baru buat MoU.. mm.. Mr. T kata.. Ok.. Malas nak lawan..."



Ada sesetengah dari kekawan blogger yg lalu kat blog Mr. T nie.. bertanya.. Mr. T nie suke travel ek.. memang Mr. T akui, yg Mr. T nie seorang nak suke travel... sebelum tu.. nie entri panjang.. kalau rasa malas, tak payah baca! Mr. T akan cerita macamana Mr. T leh pergi ke Sydney, Australia. – Cabaran terbesar dalam hidupku dengan PERCUMA. Ada yang bertanya... kenapa cabaran besar.. study susah ke? Mr. T pun org biasa jer... tak der duit la nak g luar Negara... tp sebab minat.. semua leh jadi kan !! mmm...


Permulaan..

1 hari tue, Mr. T ada idea la... pikir nak g UiTM Shah Alam dari Universiti Mr. T blajar dulu iaitu UUM. La.. UUM kat sintok kedah tu la... UUM nie famous management la.. Mr. T nie pulak budak matematik jer... pikir nak g UiTM shah alam untuk lebih tau tentang matematik kat Fakulti Teknologi Maklumat dan Sains Kuantitatif. Tu jer..


bila purpose idea, tetiba Vice Canselor(VC) tak setuju.. dier kata mintak Mr. T pergi Filipina, buat apa stakat g UiTM Shah Alam...(jangan marah ek member2 UiTM Shah Alam ek ). Kat Filipina, UUM baru buat MoU.. mm.. Mr. T kata.. Ok.. Malas nak lawan. just diam...


Bila VC dah kasi Green light buat g Filipina, Mr. T amik la cabaran tue... bayangkanlah, korang tak pernah buat projek pergi luar Negara nie.. tetiba kene buat... mm.. Mr. T apa lagi.. sahut la cabaran...(mampus la .. jadi ke tak.. janji aku buat!! Haha..)..


kumpul la member-member yang boleh harap buat kerja untuk tolong Mr. T laksanakan projek nie..dalam 10-15 orang Ahli JawatanKuasa (AJK) ... walaupun ada MoU, tapi tengok la matlamat projek kita... takkan nak g sana sebab ada MoU. Parah beb, kene pikir Sponsor lagi... bukan semua UUM nak kasi...time nie pulak.. Mr. T baru jer Semester 3 kat UUM...masih muda lagi... mm...



NEEEXXXTTTTT!!!!!

Paperwork

Waktu paperwork nak siapkan... jumpe la prof. Dah naik 2,3 kali pejabat prof duk bincang... prof pun naik pening... tp Prof kasi Mr. T yg decide.. sebab Mr. T yang nak buat.... (Padan Muke... siapa suruh nak propose idea!! Hehe..) mm...

Prof E: Susah nak g Filipina, sebab jauh sgt university tue, lagi satu, kene naik pesawat ringan pergi University tue... Saya pergi sana pun penat.. hehehe

Mr. T: kalau macam tue, kita usahakanlah yang lain Prof. Prof ada cadangan university mana yang ada relate ngan matematik nie?

Prof E: Ada la, Kat India, Prof pun leh tolong skit-skit kalau kat India, area Mumbai.

Mr. T: Saya cadang nak g bulan 5 @ bulan 8 nanti...

Prof E: Boleh jer. Tp kamu kene tau, Kat sana, bulan 5 sangat Panas.. air kat Taj Mahal tue pun kering... lagi satu, bau dier... agak tak menyenangkan...paham-paham jer la... (aku rasa korang paham...)

Mr. T: Ok la prof.. kalau ada masalah lagi. Saya jumpe Prof ok?

Prof E: no prob.

Berkumpul la lagi sekali ngan shabat-sahabat Mr. T selaku Committee Mr. T.

Projek nie, tak der la ramai orang yang tau.. sebab Mr. T nie.. suke buat diam2 jer.. huhu.. malas nak kecoh-kecoh.. Timbalan Mr. T, kawan baik Mr. T berbangsa Cina. Ada juga seorang Indian guy jadi AJK Mr. T. Senang kata.. Comitee Mr. T.. multi racial.. ala-ala 1 malaysia.

Meeting sekitar 1 jam lebih.. kitorang amik keputusan untuk tak ke MUMBAI, INDIA. Sebab byk factor, cuaca , kewangan, dan lain-lain.. kitorang semua finally decide nak g Australia. Maybe Melbourne, Perth @ Sydney.

Pas tue, ada orang tanya, Mr. T, bila kali terakhir UUM nie buat projek keluar Negara selain Bandung, Thai, S’pore, China, dan Brunei? Mr. T dapat info dari pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP), 2 tahun lepas (lebih kurang 2005), AJK yg terlibat dalam 15 org.. yang pergi, Cuma 2 org ke KOREA. Masalah biasa.. Penajaan..


PERBENTANGAN...

Sewaktu nak membentangkan Kertas Kerja ke Timbalan Naib Canselor (TNC).. Mr. T pergi sorang-sorang naik pejabat TNC. Nasib baik dah sms ngan TNC yang Mr. T nak jumpe ptg tu.. waktu dalam perbincangan dengan TNC, TNC bertanyakan macam-macam soalan yang menembak Mr. T sorang la.. dah takder talian hayat.. Nasib baik Mr. T ready Shield! Huhu.. Dari soalan accommodation, transportation, dan berkenaan Sydney dier tanya. Sebab TNC Mr. T pernah stay sana dulu.. diakhir perbincangan itu, TNC bersetuju untuk menberi peruntukan RM 5 ribu. (nasib baik TNC ni baik!! Wakaka <--- bodek la tue.. dah dpt)


Fuhh... Mr. T keluar bilik TNC dgn nafas lega.. Sekarang tugas lain. lagi bsar. untuk mendetailkan university, Penajaan, penginapan dan sbagainya. Peruntukan perlukan RM 50 ribu... dapat dari UUM cume RM5ribu... jadi Penajaan Mr. T kene cari RM45 ribu!! Damn byk gler!!!!!!! boleh ke dapat nie.. GLURPPP.....

Bersambung.....


korang rasa: 

13 terSokSek

  1. Ish mana nk gagau banyak tu
    Okaeri Mr T
    Maksudnya wwlcome back Mr T
    Hehehehehe

    Posted on 1 Disember 2009 11:23 PG

     
  2. Mr. tercabut Said,

    bukan slalu pun pun gagau panjang2.. skali.. skala.. huhu

    Posted on 1 Disember 2009 5:37 PTG

     
  3. sYukCurZ Said,

    owh. gud luck! wat keje cmni mmg kena gigih byk. tetibe tringat time wat trip g kemboja dulo huhuu...kena tipo ng ejen flight tiket. half dari delegate da nek fligt. tinggal half lg yang sangkut termasuk aku. naseb bek duit sponser byk. klu x separuh dr delegate terpaksa cancel. tu pon nek esok nyer flight. rugi 1 hari huhuu...

    Posted on 1 Disember 2009 5:40 PTG

     
  4. oit dak UUM gak kew?
    kira dak master la ek...
    aku bekas student UUM gak...
    br jer grad..heheh best la ko ek....

    Posted on 1 Disember 2009 6:28 PTG

     
  5. syaf Said,

    baru nampak kaw mucul..kalu idak senyap jo

    Posted on 1 Disember 2009 8:26 PTG

     
  6. y@n@ M!B Said,

    hebat aa wat projek kat oversea =)

    Posted on 2 Disember 2009 1:14 PG

     
  7. Mr. tercabut Said,

    Syuk: ye ke? kemboja org kata best gler! org kata macam perkampungan before merdeka kat malaysia... tu yg cambesh tue.... comittee aku salah sorang pun terpaksa tinggalkan projek nie untuk ke sana sebab kene jadi pengarah projek kat ke sana... terpaksa aku korbankan seorang mmber aku..

    Posted on 2 Disember 2009 3:31 PG

     
  8. Mr. tercabut Said,

    Ruff: UUM gak kew! cayalah! memang best r kat uum! walaupun byk rintangan tuk wat Projek!

    Posted on 2 Disember 2009 3:34 PG

     
  9. Mr. tercabut Said,

    syaf: mana ada senyap jer... aku kat sini.. tunggu ko la!! haha!

    y@n@m!b: tak der la .. just wanna challenge myself jer... huhu... 1 st time... tak der experience pun!

    Posted on 2 Disember 2009 3:35 PG

     
  10. yup bekas student UUM...
    ngee next week smbung master kat UPSI gak..
    hehehe
    tp UUM tetap best beb

    Posted on 4 Disember 2009 3:16 PG

     
  11. |arieza| Said,

    yeah! adventure bermula! hehhe akhirnyer cerita sydney dh kuar :P tq tq tq

    Posted on 4 Disember 2009 6:40 PTG

     
  12. Mr. tercabut Said,

    mesti la bermula advanture Sydney.. tp tak direct la bagi info.. skip2 k... jgn marah

    Posted on 6 Disember 2009 8:24 PG

     
  13. ZihNuN FaTiN Said,

    all the best Mr.T!=)

    Posted on 9 Disember 2009 11:03 PTG

     

Catat Ulasan